Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 12 Oktober 2022

Tular Rakaman CCTV Rizky Billar Baling Bola Snuker Ke Arah Lesti Kejora Waktu Hamil?

Kemelut rumah tangga pasangan terkenal Indonesia iaitu Lesti Kejora dan Rizky Billar masih belum berakhir. Baru-baru ini, media melaporkan Lesti kini sedang menunaikan umrah bersama ahli keluarganya termasuklah anak, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.

Artikel Berkaitan: Polis Dedah Lesti Kejora Pernah Dibaling Bola Snuker

Artikel Berkaitan: Peguam Dakwa Lesti Kejora Terjatuh Sendiri, Bukan Dihempas – ‘Mereka Tiada Masalah, Netizen Yang Perbesarkan’

Tular rakaman CCTV?

Sebelum ini, polis pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Lesti Kejora pernah hampir dibaling dengan bola snuker oleh Rizky Billar. Susulan daripada isu itu, peguam yang mewakili Rizky tampil menyelar dakwaan tersebut dan mendakwa tindakan Rizky pada ketika itu hanyalah untuk menggertak Lesti sahaja.

Namun, sejak beberapa hari lalu tular pula satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan Rizky Billar mengambil bola snuker sebelum dilemparkan kepada Lesti yang berdiri di tepi kolam renang. Walau bagaimanapun, balingan tersebut tidak mengena kerana Rizky tergelincir. Rizky kemudian mengambil semula bola snuker itu sebelum dibaling ke dalam kolam renang.

Menerusi maklumat dari rakaman tersebut, kejadian itu berlaku pada 29 Oktober 2021.

Sementara pegawai polis, Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Endra Zulpan mengesahkan bahawa rakaman tersebut diberikan oleh pihak Lesti Kejora sebagai salah satu bukti kekerasan rumah tangga yang dilakukan Rizky Billar. Tambahnya lagi, polis kini sedang melakukan siasatan lanjut berhubung bukti yang diberikan pihak Lesti.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by detikcom (@detikcom)

Sumber: Detik.com, Instagram Detik



source https://ohbulan.com/tular-rakaman-cctv-rizky-billar-baling-bola-snuker-ke-arah-lesti-kejora-waktu-hamil

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman