Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 10 Oktober 2022

[TERKINI] Perdana Menteri Umum Parlimen Bubar Hari Ini

Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob dalam sidang media khas memaklumkan bahawa parlimen penggal ke-14 negara akan dibubarkan secara rasmi pada hari ini iaitu Isnin, 10 Oktober 2022.

Sebelum itu, Ismail Sabri telah pun mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah pada tengah hari Ahad untuk mendapatkan perkenan bagi pembubaran parlimen dibuat supaya melancarkan lagi proses Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dijalankan.

Saran kerajaan negeri bertindak serentak

Berikutan daripada itu, Ismail Sabri meminta agar kerajaan-kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka serta Johor untuk bertindak membubarkan ADUN masing-masing dengan serentak agar rakyat tidak terbeban dan penamaan calon boleh dibuat dengan serta-merta.



source https://ohbulan.com/terkini-perdana-menteri-umum-parlimen-bubar-hari-ini

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman