Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 3 Oktober 2022

Siti Nurhaliza Kongsi Momen ‘Mahal’ Selfie Dengan Lee Min Ho, Rupanya Ada Protokol…

Selepas berlangsungnya Konsert Ulangtahun CUCKOO Appreci8th di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Oktober lalu, penyanyi tersohor tanah air iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza (Tokti) sempat ‘belanja’ selfie dengan duta bersama bagi jenama tersebut yang juga pelakon terkenal dari Korea Selatan iaitu, Lee Min Ho.

Artikel Berkaitan: Lee Minho, Siti Nurhaliza Bakal Tampil Di Konsert Ulang Tahun CUCKOO Apprecia8th

Protokol ketat

Seperti ramai sedia maklum, garis panduan protokol dari pihak pengurusan melibatkan selebriti terkenal antarabangsa akan ditetapkan dan sesiapa pun tidak boleh bertindak sesuka hati tanpa izin pihak mereka walaupun hanya ingin bergambar.

Baru-baru ini, tular beberapa foto di media sosial memaparkan momen Tokti berswafoto dengan aktor terkenal dari Korea iaitu Lee Min Ho. Susulan daripada itu, Tokti ada berkongsi kisah sebenar yang terjadi dalam usahanya untuk bergambar dengan hero drama Boys Over Flower itu. Rupanya-rupanya, Tokti pun tak terkecuali dengan protokol tu ya!

Taknak lepaskan peluang keemasan

Tulis Tokti di akaun Instagramnya, beliau memberanikan diri untuk bergambar dengan Lee Min Ho selepas bertanya terlebih dulu kepada KC Hoe iaitu Pengarah Eksekutif CUCKOO sama ada dia boleh berbuat demikian ataupun tidak. Bagi Tokti ianya merupakan peluang keemasan buat dirinya untuk merakam momen bersama artis terkenal itu.

Berbekalkan keberanian dan telefon di tangan, saya tanya Mr KC Hoe. Boleh ke selfie ni? Nanti kena rampas pula handphone saya (takutla bodyguard tak bagi tau!) Mr KC pun kata pergi ambil saja.

Tokti juga sempat berseloroh dengan mengatakan sekiranya bodyguard naik ke atas pentas, beliau sudah bersedia untuk buka langkah silat ala-ala Mat Kilau dan terus bergambar bersama Lee Min Ho sebaik saja beliau mendapat ‘greenlight’ dari KC Hoe.

Sumber: Instagram @ctdk



source https://ohbulan.com/siti-nurhaliza-kongsi-momen-mahal-selfie-dengan-lee-min-ho-rupanya-ada-protokol

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman