Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 11 Oktober 2022

Shuib Enggan Ulas Lanjut Isu Tak Sertai Jelajah Sepahtu Reunion

Pelawak dan juga penyampai radio, Shuib enggan mengulas lanjut berikutan dengan kenyataan dari rakan pelawak iaitu Rahim selepas mengatakan pihaknya menerima kehadiran Shuib sekiranya dia ingin kembali ke program Sepahtu Reunion ataupun bekerjasama dalam apa-apa program pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan: Kecoh Dakwaan Bercinta Dengan Watie, Shuib Kongsi Video Ziarah Pusara Siti Sarah – ‘Hanya Ada Ini’

Artikel Berkaitan: Bagi Ucapan Sempena ‘Birthday’ Siti Sarah, Shuib Doa Moga Dapat Jumpa Semula – ‘Nak You Jadi Bidadari I’

Takut lukakan hati ramai pihak

Difahamkan, Shuib bukanlah sengaja untuk berdiam diri namun baginya adalah lebih baik sekiranya pihak pengurusan tertinggi program yang memberikan kenyataan rasmi berikutan isu ketiadaan dirinya dalam program Sepahtu Reunion Live.

Malah, dia juga tidak mahu sekiranya kenyataan yang dibuat akan menyebabkan hubungan baik bersama rakan-rakan sekumpulan menjadi renggang.

Sebab yang dulu pernah bagi jawapan pihak pengurusan tertinggi, yang lain semua dalam tu kawan-kawan. Kami semua baik. Saya tak nak cakap lebih tentang hal ini sebab takut melukakan hati ramai pihak.

Pihak Astro pernah pujuk

Bagaimanapun, Norzeha Mohd Salleh selaku Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, menjelaskan bahawa pihaknya pernah memujuk serta menawar Shuib untuk kembali bersama menjayakan program yang telah disiarkan sejak tahun 2015 itu.

Namun, hasil pujukan dan tawaran itu tidak membuahkan hasil selepas Shuib ingin memberikan komitmen penuh kepada perniagaannya dan sebagai pihak yang bertanggungjawab, Norzeha menghormati keputusan bapa kepada empat orang anak itu.

Kami sentiasa terbuka dan berbesar hati untuk Shuib kembali bekerjasama dalam Sepahtu Reunion andai diizinkan Allah. Ketiadaan Shuib memang satu kehilangan besar. Shuib tetap memberi sokongan kepada kami dan Sepahtu.

Sumber: Harian Metro



source https://ohbulan.com/shuib-enggan-ulas-lanjut-isu-tak-sertai-jelajah-sepahtu-reunion

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman