
Sebelum ini, pelakon dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi pernah didakwa atas pertuduhan berkongsi berita palsu mengenai penularan jangkitan Covid-19 di media sosial.
Artikel berkaitan : Zed Zaidi Kena Dakwa Di Mahkamah, Sebar Berita Palsu Penularan Covid-19
Artikel berkaitan : ‘Hati-Hati Bila Post’ – Zed Zaidi Dipanggil SKMM, Tiada Niat Sebar Berita Palsu
Artikel berkaitan : ‘Takkan la Saya Tak Tahu…’ – Dihentam Sebar Berita Palsu, Zed Zaidi Pertahankan Diri
Baru-baru ini, Zed Zaidi menceritakan pengalamannya berdepan dengan pertuduhan kes terbabit di mahkamah pada dua tahun lalu.
Pernah duduk dalam lokap

Menurut Presiden Persatuan Seniman itu, dia akhirnya dibebaskan selepas ditempatkan di dalam lokap Mahkamah Majistret Sepang selama tujuh jam sebelum dibenarkan untuk diikat jamin.
Saya bersyukur sebab selama ini kita berada di pihak yang benar. Apa yang dibuat sebelum ini adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej saya sebagai presiden Seniman dan berunsur politik.
Saya sempatlah merasa duduk di lokap dalam tujuh jam bersama-sama empat orang lagi yang didakwa di bawah akta yang sama. Kenal dengan ramai tahanan yang lain. Itu pengalaman yang sangat berharga walaupun sekadar lokap dan bukannya penjara sebenar.
Dalam pada itu, Zed turut mengatakan bahawa dia tidak akan serik untuk terus bersuara demi memastikan nasib penggiat seni tanah air terbela.
Bagaimanapun saya tidak gentar dan tidak serik untuk terus memperjuangkan isu membabitkan pekerja seni dan juga masyarakat.
Akan terus lantang bersuara

Ujarnya lagi, dia akan terus lantang bersuara seperti biasa dan menjadikan apa yang berlaku pada dirinya itu sebagai pengalaman untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Saya tidak serik dan akan terus lantang bersuara seperti biasa. Apa yang berlaku (didakwa) di mahkamah adalah pengalaman terbaik untuk saya menjadi manusia lebih baik dan terus berjuang membela nasib orang ramai.
Terdahulu, Zed Zaidi hadir ke Mahkamah Sepang pada Januari 2020 untuk memberi keterangan mengenai tindakannya berkongsi berita palsu tentang semua negara telah menyekat pelancong daripada negara China kecuali Malaysia yang dimuat naik di Facebook dan Twitter.
Susulan daripada itu, dia juga didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda dan penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.
Sumber : Harian Metro
source https://ohbulan.com/saya-tak-serik-akan-terus-lantang-bersuara-zed-zaidi-kongsi-pengalaman-duduk-7-jam-dalam-lokap
