
Selebriti tanah air, Datuk Fazley Yaakob akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana sekaligus mendedahkan bahawa dia menyambung pelajaran dalam senyap dan hanya diketahui oleh ahli keluarga.
Artikel Berkaitan: Ambil Masa Setahun Hasil Menu Baharu Buat Pesakit Di Hospital, Impian Fazley Yaakob Tercapai
Artikel Berkaitan: ‘Keputusan Mahkamah Betul & Perlu Dihormati’ – Anak Rosmah
Pernah berhenti seketika semasa ayah meninggal

Fazley yang berkongsikan momen gembira hari graduasinya di akaun Instagram turut mendedahkan bahawa perjalanannya untuk tamat pengajian bukanlah sesuatu yang mudah selepas diri diuji dengan pemergian bapa tercinta sehingga menyebabkan dia terpaksa berhenti belajar buat seketika.
Berkat doa ibu, isteri serta keluarga tercinta, perjalanan yang saya mulai akhirnya sampai ke penghujung.
Tulis Fazley lagi, pencapaiannya bergelar pemegang ‘Master’ akan membawanya kepada perjalanan yang lebih jauh iaitu doktor falsafah (PhD) kerana ingin menunaikan janji kepada arwah bapanya dan mengakui bahawa dirinya seorang yang suka untuk menimba ilmu.
Terima ucapan tahniah

Perkongsian tersebut turut mendapat ucapan tahniah dari rakan selebriti dan juga peminat yang ditulis di ruangan komen posting Instagram yang sama. Tak kurang juga yang mendoakan supaya penyanyi dan juga usahawan itu akan terus berjaya dalam mengecapi apa yang diimpikan.
Sebagai info tambahan, Fazley berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan di Asia E University (AEU)
Sumber: Instagram @fazleyyaakob
source https://ohbulan.com/sambung-belajar-dalam-diam-fazley-yaakob-terima-ijazah-sarjana
