
Kisah rumah tangga pasangan selebriti, Rizky Billar dan Lesti Kejora masih menjadi sorotan masyarakat Indonesia.
Artikel Berkaitan: Angkut Barang Dari Rumah Rizky Billar, Lesti Kejora Tunai Umrah?
Artikel Berkaitan: Leher Dipasang Pendakap, Lesti Kejora Masih Trauma Dipukul Rizky Billar
Artikel Berkaitan: ‘Lesti Kejora Ada Hubungi Saya Pada Malam Kejadian’ – Rossa
Artikel Berkaitan: Tiada Peluang Kedua, Bapa Mahu Lesti Kejora Cerai Dengan Rizky Billar
Masa tengah gaduh

Memetik laporan Liputan6, Rizky pernah melafazkan cerai dengan talak satu kepada Lesti.
Menurut peguam Rizky iaitu Adek Erfil Manurung berkata kejadian itu berlaku ketika mereka sedang bertengkar.
Jadi pukul 5 kan, Lesti marah lagi. Rizky nak pergi ke bilik air untuk bertenang. Bila Rizky masuk, Lesti terus marah. Lantas Rizky berkata, ‘Okey, abang ceraikan talak satu.’
Selepas pemilik nama Muhammad Rizky menjatuhkan talak, penyanyi dangdut itu menjadi sangat beremosi.
Bersetubuh untuk gugur talak

Bagaimanapun, pelakon berumur 27 tahun tidak gembira dengan tindakannya itu lalu menyemak maklumat di laman Internet.
Cerita Adek lagi, Rizky menyatakan lafaz cerai boleh gugur selepas mereka melakukan hubungan intim.
Pada pukul 8, Rizky melayari Internet dan memberitahu Lesti yang lafaz cerai boleh gugur apabila mereka melakukan hubungan intim.
Mereka bersetubuh, biasa kan suami isteri melakukan hubungan selepas bergaduh.
Sebelum ini, Lesti mendakwa suaminya berlaku curang. Rizky dikatakan mula bertindak agresif dengan memukul dan menolak Lesti di atas katil sebelum mencekiknya sehingga wanita itu terjatuh di lantai.
Kes yang masih dalam siasatan pihak polis ini disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia.
Terdahulu, Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Sumber: Liputan6
source https://ohbulan.com/rizky-billar-pernah-lafaz-cerai-talak-satu-pada-lesti-kejora
