Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 17 Oktober 2022

Ramai Puji Leona Dah Pandai Berdikari Lepas Kongsi Video Berjaya Goreng Telur

Ramai sedia maklum anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang lebih dikenali sebagai Leona telah melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Disebabkan itu, dia kini perlu hidup berdikari kerana jauh dari keluarga.

Artikel Berkaitan: Pakai Dress Pendek Di London, Netizen Tanya Leona Tak Sejuk Ke?

Artikel Berkaitan: Anak Kembar Sambung Belajar Di UK, Azhar Sulaiman Sempat Mengusik Leona – ‘Tiga Tahun Cukup Untuk Balik Dengan Imej Baru’

Pandai goreng telur

Baru-baru ini Leona ada memuat naik satu video di TikTok yang menunjukkan ‘skil’ barunya iaitu berjaya menggoreng telur tanpa memerlukan bantuan sesiapa.

Menerusi video yang sama, Leona juga kelihatan begitu teruja kerana berjaya memecahkan telur ke dalam kuali dengan ‘selamat’ kerana hanya menonton cara memasak menerusi video tutorial sahaja.

Saya ada banyak telur dan akan luput esok. Jadi saya akan makan dengan roti yang juga akan luput esok. Saya harap akan menjadi.

Teruja dapat makan masakan sendiri

Walaupun Leona kerap menunjukkan reaksi bimbang jika telur gorengnya tidak menjadi, namun dia dilihat berjaya menghidangkan menu ringkas tersebut dan menikmati makanan itu sebagai tanda puas hati dengan masakannya.

Meninjau di bahagian komen pula, ramai memuji Leona kerana mampu hidup berdikari dan gigih berusaha untuk mencuba sesuatu yang baharu tanpa bantuan sesiapa.

Saya yakin Leona akan pandai masak bila dia dah habis belajar nanti. Sebab dia akan belajar banyak lagi hal memasak lepas ni.

Komen netizen

Video

@leonsmeonss

im so proud of myself

? original sound – Leona ? – Leona ?

Sumber: TikTok @leonsmeonss



source https://ohbulan.com/ramai-puji-leona-pandai-berdikari-lepas-kongsi-video-berjaya-goreng-telur

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman