Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 6 Oktober 2022

Ramai Pegawai Menteri Mula ‘Kemas’ Pejabat, Netizen Syak Parlimen Nak Bubar Dalam Masa Terdekat?

Sejak belakangan ini, memang banyak khabar angin yang mengatakan bahawa Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: Lepas Terima Kecaman Netizen, Ahli Parlimen Bachok Akui Mohon Beberapa Kemudahan Untuk Majlis Kahwin Anak

Artikel Berkaitan: Tak Sesuai Nak Buat PRU15 Waktu Musim Banjir – Khairy Jamaluddin

PM menghadap Agong hari ini

Malah dikatakan beberapa pegawai menteri di pejabat kementerian bertindak ‘mengemas’ dan mengosongkan bilik mereka sejak petang Rabu. Hal tersebut menyebabkan ramai yang mengatakan desas-desus mengenai pembubaran parlimen bakal terjawab tidak lama lagi.

Bukan itu saja, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut difahamkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini di Istana Negara.

Teka-teki status pembubaran parlimen itu turut dikongsikan oleh salah seorang pegawai menteri yang memuat naik satu kenyataan di media sosial mengatakan bahawa dia sudah selesai mengemas pejabatnya.

Dah siap berkemas untuk kosongkan pejabat. Saya rasa bersyukur dapat peluang untuk berkhidmat sekali lagi dalam kerajaan.

Hanya persediaan awal

Namun, pegawai tersebut turut menjelaskan bahawa tiada arahan khusus yang dikeluarkan untuk mereka mengosongkan pejabat masing-masing di Putrajaya tetapi ianya hanyalah sebagai langkah persediaan awal sekiranya betul parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat.

Kalau tiada pembubaran Parlimen lepas Sidang Dewan Rakyat, saya akan kemas semula barang ke pejabar di Putrajaya.

Pun begitu, masih ramai yang menantikan perincian sesi menghadap Perdana Menteri bersama dengan Yang di-Pertuan Agong sama ada ianya ada melibatkan pembubaran parlimen ataupun tidak selepas dikatakan Datuk Seri Ismail Sabri akan membuat pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat ini.

Sumber: Astro Awani



source https://ohbulan.com/ramai-pegawai-menteri-mula-kemas-pejabat-netizen-syak-parlimen-nak-bubar-dalam-masa-terdekat

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman