Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 9 Oktober 2022

‘Penawar Terbaik Untuk Semua Penyakit’ – Nenek Neelofa Tak Pernah Tinggal Baca Al-Quran

Nenek kepada pelakon dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Bibi Khoteja Yusof memberitahu dia tetap membaca al-Quran dalam kehidupan seharian meskipun berada dalam keadaan sakit.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Neelofa Menangis Dapat Tengok Helaian Rambut Milik Rasullullah

Artikel berkaitan: Niat Nak Bantu Ramai Orang, Netizen Sebak Lihat Neelofa Menitiskan Air Mata

Al-Quran penawar semua penyakit

Menerusi laporan Sinar Harian, Bibi Khoteja berkata dia pernah menjalani pembedahan sebelum ini, namun dia tetap istiqamah membaca al-Quran. Ini kerana al-Quran merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit.

Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran. Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran.

Tambah warga emas yang berusia 77 tahun itu, dia turut menjemput dan menambah guru mengajar al-Quran untuk datang mengajarnya tatkala keadaan kesihatan tidak baik.

Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran.

Bercerita mengenai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam, Bibi Khoteja menyifatkan majlis tersebut amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.

Sumber: Sinar Harian



source https://ohbulan.com/penawar-terbaik-untuk-semua-penyakit-nenek-neelofa-tak-pernah-tinggal-baca-al-quran

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman