Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 26 Oktober 2022

Padah Buat ‘Content’ Kena Buli, Polis Buka Kertas Siasatan

Demi konten dan bagi meraih tontonan yang tinggi di media sosial, sepasang suami isteri sanggup ‘berlakon’ menjadi pembuli jalan raya di Jalan Putatan, Penampang, Sabah.

Artikel Berkaitan: Berang Kena Hon Dekat Tol, Pemandu Lagak Samseng Buat Hal Main Brek

Artikel Berkaitan: Kereta Terbabas Jatuh Gaung, Suami Isteri Nyaris Maut

Sekadar Konten

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, hasil siasatan mendapati tujuan video viral itu dimuat naik di media sosial adalah untuk konten semata-mata.

Ia hanya sekadar lakonan untuk meraih jumlah ‘viewer’ yang tinggi.

Satu kertas siasatan polis telah dibuka di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi rakaman dua video yang berdurasi 3 minit 35 saat dan 4 minit 3 saat itu, dipercayai dimuat naik di media sosial pada 24 Oktober lalu atas tujuan meraih publisiti sahaja. Malah, rakaman video itu menunjukkan aksi pemandu kereta Perodua Myvi membuli pemandu Proton Pesona dengan menggunakan senjata dipercayai besi.

Haris turut menegaskan orang awam supaya berhati-hati dalam memuat naik atau berkongsi sebarang konten di media sosial agar tidak menimbulkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat.

Video

 

Sumber: Kosmo



source https://ohbulan.com/padah-buat-content-kena-buli-polis-buka-kertas-siasatan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman