Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 18 Oktober 2022

‘Nasib Cikgu Fadli Saleh Akan Diketahui Hari Ini’ – Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan

Awal minggu ini, tular di media sosial tentang guru matematik yang mendakwa dirinya dikenakan tindakan sama ada diturunkan jawatan ataupun dibuang kerja gara-gara menyuarakan pendapatnya tentang hal pendidikan.

Artikel Berkaitan: Cikgu Fadli Enggan Orang Luar Masuk Campur ‘Tunggang’ Kes Dengan KPM – ‘Dia Nak Masuk, Saya Tak Layan’

Artikel Berkaitan: Anak Tak Mahu Makan, Almy Nadia Bengang Dakwa Cikgu Suruh Kurus

Mesyuarat diadakan siang tadi

 

Susulan daripada itu, mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan telah diadakan pada siang Isnin dan telah dimaklumkan kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin.

Malah, dokumen keputusan mengenai nasib guru matematik yang dikenali sebagai Mohd. Fadli Mohamed Salleh diuruskan oleh pihak urusetia lembaga tersebut dan keputusannya akan diketahui pada hari ini.

Keputusan mesyuarat akan disampaikan kepada ketua jabatan Mohd. Fadli. Insya-Allah, esok (hari ini) dia akan menerima keputusan itu.

Tidak bermaksud hukuman dah dijatuhkan

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali memberitahu bahawa mesyuarat itu diadakan selepas pihak lembaga berkenaan menerima surat representasi yang diberikan kepada Mohd. Fadli pada Jumaat lalu.

Ujarnya lagi, surat itu tidak membawa maksud bahawa dirinya telah dijatuhkan hukuman dari Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.

Sumber: Kosmo



source https://ohbulan.com/nasib-cikgu-fadli-saleh-akan-diketahui-hari-ini-lembaga-tatatertib-perkhidmatan-pendidikan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman