Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 22 Oktober 2022

Nampak Ada ‘Baby Bump’, Netizen Syak Puteri Sarah Hamil Anak Ketiga – ‘Saya Agak Berisi Sebab Sedang Bahagia Tapi…’

Pelakon Puteri Sarah tampil menjelaskan bahawa dia tidak hamil apabila ada netizen yang mendakwa perutnya kkelihatan seperti ‘baby bump’ selepas memuat naik foto di Instagram (IG).

Artikel berkaitan : ‘Rasanya Sudah Lama Kes Disiasat, Apa Sudah jadi?’ – Puteri Sarah Tunggu Keputusan Jawi

Artikel berkaitan : Didakwa Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah & Syamsul Yusof, Ira Kazar Dipanggil Jawi

Artikel berkaitan : Syamsul Yusof Ambil Pendekatan Berdiam Diri Selesai Kemelut Rumah Tangga, Nafi Dah Bertunang Dengan Anak Kazar

Doakan yang baik-baik

Menurut pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia menegaskan bahawa dirinya tidak hamil seperti yang diperkatakan oleh netizen, namun hanya mengalami sedikit pertambahan berat badan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun ini turut mengakui sedang melalui fasa bahagia dan belum hamil cahaya mata ketiga. Malah, dia turut berharap orang ramai dapat mendoakannya.

Saya tak hamil, tapi sekarang memang agak berisi sebab saya sedang bahagia. Doakan semoga Syaikul dan Sumayyah mendapat adik lagi.

Sebenarnya, sejak kebelakangan ini mereka selalu cakap nak adik lagi. Jadi, doakan saja yang baik-baik.

Pilih untuk tak kurus

Ujarnya lagi, dia memilih untuk tidak kurus, namun ingin mengekalkan berat badan yang sekarang kerana sesuai dengan ketinggiannya.

Saya pilih untuk tak nak kurus. Setiap kali live saya akan beritahu saya nak maintain berat 58kg sesuai dengan tinggi saya 165cm.

Saya gembira dengan berat saya sekarang. Ini adalah pilihan saya.

Sebelum ini, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati memuat naik sekeping foto di Instagram. Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan mengatakan mereka melihat ‘baby bump’ pada gambar terbabit.

Sumber : Harian Metro, puterisarahliyana



source https://ohbulan.com/nampak-ada-baby-bump-netizen-syak-puteri-sarah-hamil-anak-ketiga-saya-agak-berisi-sebab-sedang-bahagia-tapi

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman