Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 14 Oktober 2022

Minta Wang Tebusan RM40k, Lelaki Warga Asing Diculik & Disorok

Di Sentul, seorang lelaki berdepan nasib malang apabila menjadi mangsa culik. Bukan itu sahaja, dia turut disorok selepas dituduh berhutang sebanyak RM25,000 sambil kakinya diikat.

Minta wang tebusan RM40k

Menerusi kejadian tersebut, suspek telah menghubungi keluarga mangsa dan meminta wang tebusan sebanyak RM40,000. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada hari Ahad lalu. Hasil siasatan, mangsa berusia 45 tahun itu dipercayai dilarikan di Jalan Sentul Indah.

Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sentul telah menyerbu sebuah rumah kongsi di Seri Kembangan, Selangor dan menangkap dua lelaki asing berusia 34 dan 43 tahun.

Pihak kami kemudian menemui mangsa yang disorok dalam sebuah bangunan berdekatan rumah kongsi tersebut dalam keadaan tangan dan kakinya diikat rantai besi. Dalam satu tangkapan berasingan pada Isnin lalu, kami membuat tangkapan lagi ke atas seorang lelaki dan dua wanita warga tempatan di dua lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor.

Hasil serbuan yang dilakukan, Beh Eng Lai berkata pihaknya telah merampas pelbagai barangan seperti sebuah kereta yang digunakan untuk melarikan mangsa, telefon bimbit, anak kunci, kad bank dan pakaian dipakai suspek semasa kejadian.

Dua suspek utama direman sehingga 24 Oktober ini sementara tiga suspek warga tempatan dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Sumber: Kosmo



source https://ohbulan.com/minta-wang-tebusan-rm40k-lelaki-warga-asing-diculik-disorok

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman