Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 15 Oktober 2022

Malaysia Kini Boleh Dail Talian 997 Untuk Lapor Kes ‘Scammer’

Sekadar gambar hiasan

Rakyat Malaysia yang mengalami kes penipuan siber atau ‘scammer’ kini boleh menghubungi talian 997 yang terus ke bahagian Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Artikel Berkaitan: Hattan, Awie, Chong Wei & Zii Jia Dilantik Sebagai Duta Anti-Scam

Artikel Berkaitan: Gadis Kena ‘Scam’ Hantar Gambal Bogel ‘Syarat’ Nak Mohon Biasiswa

Beroperasi setiap hari

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Parlimen dan Undang-Undang berkata bahawa talian itu beroperasi setiap hari bermula 8:00 pagi hingga 8:00 malam.

Talian 997 diwujudkan sebagai langkah mudah kepada orang awam untuk segera melaporkan kes berkaitan penipuan siber.

Tindakan segera dari panggilan yang dibuat boleh membantu pihak NSRS untuk menyekat pelaku dari peringkat awal.

Inisiatif menangani kes jenayah

Sekadar gambar hiasan

Tambah Wan Junaidi, penubuhan NSRC dan talian 997 itu merupakan salah satu usaha untuk mencegah kes jenayah penipuan siber agar lebih berkesan.

Ini kerana, maklumat komunikasi antara mangsa dan juga suspek serta maklumat transaksi juga akan segera diminta oleh pihak NSRC semasa mangsa berhadapan dengan gangguan itu.

Sumber: Free Malaysia Today (FMT)



source https://ohbulan.com/malaysia-kini-boleh-dail-talian-997-untuk-lapor-kes-scammer

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman