
Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki maut ditembak ah long di bahagian kepala selepas pemberi pinjam wang itu melepaskan lapan das tembakan di hadapan kedai teh sebelum melarikan diri di wilayah Songkhla, Thailand pada Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: Jumpa Katak Hitam Dah Mati & Nampak Kelibat Di Rumah, Rita Rudaini Jadi Mangsa Sihir
Artikel Berkaitan: Polis Berjaya Tahan Suspek Utama Rusuhan Di Bintulu Dalam Masa 24 Jam
Berlumuran darah

Menurut pegawai dari Balai Polis Khuan Meed, pihaknya menerima satu panggilan berkenaan kejadian tersebut sekitar jam 8 malam waktu tempatan di daerah Chana.
Sebaik saja pihak polis tiba di tempat kejadian, mayat Chusit, 42, ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas ditembak sebanyak lapan kali di bahagian kepala malah sepucuk pistol juga diambil sebagai bahan bukti kerana berada berhampiran dengan lokasi itu.
Saksi kejadian itu memaklumkan bahawa mangsa pada awalnya masuk ke dalam kedai untuk memesan makanan namun diikuti seorang lelaki dengan jeritan menyebabkan Chusit bergegas keluar.
Terkini, polis dalam proses mengesan suspek yang terlibat dengan pembunuhan berkenaan menggunakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan insiden tersebut.
Sumber: Kosmo
source https://ohbulan.com/lelaki-mati-ditembak-8-kali-di-kepala-oleh-ah-long-sebab-tak-bayar-hutang
