Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 20 Oktober 2022

Lelaki Dikecam Selamba ‘Spin’ Mesin Judi Dalam Majlis Agama

Di TikTok, seorang lelaki dilihat selamba bermain mesin judi secara online semasa menghadiri sebuah majlis keagamaan. Tindakan selamba lelaki tersebut yang langsung tidak menghormati majlis agama telah mengundang pelbagal kecaman daripada warganet.

Artikel Berkaitan: Viral Video Lelaki Panjat Pagar Rembat Tong Gas, Tak Sempat Lari Jauh Dah Kena Cekup

Artikel Berkaitan: Lelaki Bogel Tunggang Motosikal Pusing Melaka, Tetap Pakai ‘Helmet’ Utamakan Keselamatan

‘Spin’ mesin judi

Menerusi muat naik tersebut, lelaki berkenaan menggunakan telefon pintarnya untuk memutar mesin judi ‘online’ ketika sedang duduk bersama hadirin yang lain.

Turut difahamkan, aksi tersebut dirakam sewaktu jemaah sedang menunggu kehadiran penceramah bagi sebuah Majlis Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini. Walau bagaimanapun, lokasi dan tarikh sebenar kejadian ini tidak dinyatakan.

Berikutan itu, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut kerana tidak menghormati malah tiada perasaan malu berbuat demikian di dalam majlis keagamaan yang dihadirinya. Perbuatan tersebuat juga dianggap telah mencemari kemuliaan majlis keagamaan.

Sumber: TikTok



source https://ohbulan.com/lelaki-dikecam-selamba-main-mesin-judi-online-dalam-majlis-keagamaan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman