Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 25 Oktober 2022

Kantoi ‘Tergilakan’ Suami Orang, Lelaki Kecewa Cekik Isteri Sampai Mati

Seorang lelaki di Semarang, Indonesia mengakui membawa anaknya berusia enam tahun berkunjung ke pantai selepas mencekik isterinya sehingga mati kerana kecewa wanita terbabit ‘tergilakan’ suami orang.

Cekik isteri sehingga mati

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, lelaki berusia 26 tahun itu membawa anaknya ke pantai sebelum membuat keputusan untuk menyerahkan diri kepada pihak polis.

Saya nak menyenangkan anak sebelum saya serah diri. Anak saya tak tahu apa-apa.

Punca suspek mencekik isterinya sehingga mati kerana dia mendapat tahu bahawa wanita itu mempunyai hubungan sulit bersama lelaki lain. Lebih mengejutkan lagi apabila lelaki terbabit sudah berkahwin.

Kecurangan isterinya terbongkar apabila si suami melihat mesej perbualan mereka menerusi aplikasi WhatsApp di dalam telefon wanita terbabit.

Isteri saya berbual dan menelefon suami orang. Daripada mesej perbualan mereka, isteri saya ada kata yang dia rindu lelaki itu.

Akui tak ada niat nak bunuh

Sekadar gambar hiasan

Dalam pada itu, dia turut mengakui pada awalnya tidak berniat untuk membunuh, namun hanya ingin melepaskan kekecewaannya dengan mencekik isterinya.

Menurut Ketua Semarang, AKBP Donny Lombantoruan, prosedur bedah siasat akan dijalankan ke atas mangsa.

Individu yang melakukan kekerasan fizikal dalam rumah tangga sehingga mengakibatkan kematian mangsa akan berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun.

Sumber : Kompas.com



source https://ohbulan.com/kantoi-tergilakan-suami-orang-lelaki-kecewa-cekik-isteri-sampai-mati

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman