Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 12 Oktober 2022

Jururawat Dituduh Bunuh 7 Bayi : Suntik Insulin, Susu Berlebihan & Masukkan Angin Dalam Tiub Badan Mangsa

Sekadar gambar hiasan

Seorang jururawat wanita neonatal di sebuah hospital di United Kingdom dituduh membunuh tujuh bayi dan cuba membunuh 10 yang lain termasuklah meracuni dua bayi secara sengaja dengan menggunakan insulin.

Tertarik dengan pasangan kembar

Jururawat terbabit dikenali sebagai Lucy Letby menghadapi pertuduhan membunuh lima bayi lelaki dan dua bayi perempuan serta cubaan membunuh lima bayi ketika sedang bertugas di Hospital Countess of Chester sejak tahun 2015 hingga 2016.

Walau bagaimanapun, wanita berusia 32 tahun itu yang kini dihadapkan ke mahkamah Manchester Crown menafikan bagi 22 pertuduhan yang disabitkan kepadanya.

Menurut fakta kes, Letby bertindak menyuntik insulin, susu berlebihan atau angin ke dalam badan bayi yang baru sahaja lahir. Tindakan kejam itu dilakukan ketika gilirannya bekerja pada waktu malam kerana penjaga atau ibu dan bapa kepada bayi terbabit tidak akan datang melawat anak mereka yang ditempatkan di bilik bayi pada waktu malam    .

Difahamkan, salah seorang mangsanya dilaporkan meninggal dunia kurang daripada 90 minit selepas berada dalam jagaannya. Menurut pendakwa raya, tertuduh lebih tertarik dengan pasangan kembar dan akan mencari butiran keluarga mangsa di Facebook terlebih dahulu.

Suntik dengan insulin, angin & susu

Dalam pada itu, terdapat satu kes di mana salah seorang daripada pasangan kembar yang menjadi mangsanya meninggal dunia manakala seorang lagi terselamat.

Ada bayi yang cuba dibunuh beberapa kali. Ada masanya mereka disuntik dengan angin sahaja ke dalam tiub badan mangsa. Ada masanya disuntik dengan susu yang berlebihan dan ada juga mangsa yang disuntik dengan insulin.

Perbuatan kejam Letby terbongkar selepas pihak hospital menunjukkan peningkatan kematian dalam kalangan bayi baru lahir serta jatuh sakit sepanjang Jun 2015 hingga Jun 2016. Hasil semakan dan pantauan pihak berkuasa, kebanyakan waktu itu adalah tempoh Leyby menjaga bayi yang baru lahir di unit khas.

Dalam pendengaran kes baru-baru ini, jururawat terbabit mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang disabitkan terhadapnya. Perbicaraan dijangka akan berlangsung selama beberapa minggu atau memakan masa berbulan-bulan.

Sumber : Mail Online



source https://ohbulan.com/jururawat-dituduh-bunuh-7-bayi-suntik-insulin-susu-berlebihan-masukkan-angin-dalam-tiub-badan-mangsa

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman