Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 6 Oktober 2022

Hamil Anak Kedua Dalam Tempoh Cuti Bersalin, Wanita Terima Pampasan ‘Lumayan’ Selepas Dipecat Majikan

Sekadar gambar hiasan

Hanya kerana memberitahu berita gembira kepada majikan bahawa dirinya mengandung sekali lagi semasa tempoh cuti bersalin, seorang wanita di Britain menerima pampasan sebanyak £7,500 (RM39,614) kerana dipecat selepas empat hari pengumuman tersebut dilakukan.

Artikel Berkaitan: Angelina Jolie Dakwa Brad Pitt Panas Baran, Kaki Dera – ‘Dia Cekik & Pukul Anak’

Artikel Berkaitan: Dapat Gaji Penuh 5 Bulan & Boleh Guna Cuti Bersalin Setahun, Perkongsian Dr Amalina Buat Ramai Terkejut

‘Dipecat’ kerana perniagaan

Wanita tersebut iaitu Siobhan Black memaklumkan kepada majikannya, Evelyn Drain bahawa dirinya hamil sekali lagi walaupun masih dalam tempoh bercuti selepas melahirkan anak pertamanya.

Mereka berdua pada awalnya bersetuju bahawa Black akan kembali bekerja di salun rambut, Pat Drain Barbers pada April lepas tetapi dia segera diberhentikan pada hari pertama dirinya kembali bekerja.

Tribunal buruh mendapati bahawa Black telah dianiayai kerana hamil dan meminta majikannya untuk membayar pampasan selepas Drain mendakwa punca dia memecat Black adalah disebabkan perniagaannya tidak menguntungkan.

Jaga anak-anak sebagai ibu tunggal

Sekadar gambar hiasan

Black menerusi satu kenyataan yang dibuat semasa sesi perbicaraan diadakan, dia memberitahu bahawa dirinya berasa begitu tertekan dan juga kecewa dengan tindakan majikannya yang memecatnya kerana perlu menyara anak-anaknya sebagai ibu tunggal.

Menurut Hakim Pekerjaan yang bertugas semasa perbicaraan itu, James Hendry berkata bayaran pampasan yang dikenakan adalah wajar dengan kenyataan dari Black.

Sumber: Metro UK



source https://ohbulan.com/hamil-anak-kedua-dalam-tempoh-cuti-bersalin-wanita-terima-pampasan-lumayan-selepas-dipecat-majikan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman