Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 21 Oktober 2022

Didakwa Angkara Cemburu, Lelaki Sempat Tersenyum Buang Mayat Rakan Sekerja Guna Troli

Tindakan seorang lelaki membunuh rakan sekerjanya akhirnya terbongkar apabila video dirinya membawa mayat wanita di dalam sebuah troli dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah apartmen di Jakarta Timur, Indonesia.

Cemburu lelaki lain telefon mangsa

Menerusi laporan Detik News, suspek yang dikenali dengan panggilan R ditahan pihak polis selepas mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan berbalut plastik berwarna hitam di Bekasi.

Di dalam rakaman CCTV turut memaparkan suspek berusia 36 tahun itu berada dalam keadaan tenang sambil menolak sebuah troli berisi bantal, beg dan mayat mangsa yang dibalut rapi dengan plastik.

Menurut Pengarah Siasatan Jenayah Polis Metro Jaya, Hengki Haryadi, kejadian berkenaan berlaku pada Isnin lalu ketika suspek ingin menjemput mangsa yang berusia 36 tahun di sebuah apartmen.

Ujarnya, kedua-duanya sedang berbual sebelum mangsa menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak disukai oleh suspek.

Kedua-dua mereka kemudiannya bertengkar sebelum suspek bertindak menghempas mangsa ke atas katil.

Mangsa cuba untuk meminta tolong dengan menelefon rakan yang lain tetapi suspek mencekiknya sehingga mati.

Hasil siasatan awal mendapati motif suspek bertindak sedemikian kerana sakit hati. Walau bagaimanapun, pihak polis masih menyiasat motif sebenar pembunuhan.

Rakaman CCTV

Sumber : Detik News, tribunbogor, Aki Sukidi



source https://ohbulan.com/didakwa-angkara-cemburu-lelaki-sempat-tersenyum-buang-mayat-rakan-sekerja-guna-troli

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman