Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 7 Oktober 2022

Berang Kena Hon Dekat Tol, Pemandu Lagak Samseng Buat Hal Main Brek

Di Facebook DashCam Owners, viral satu rakaman video yang menunjukkan aksi seorang pemandu yang menjadi pembuli di sebuah lebuh raya hanya kerana tidak puas hati dihon oleh kenderaan lain.

Artikel Berkaitan: Maut Kemalangan, Polis Kesan Pemandu Kereta Langgar Lari Pegawai Imigresen

Artikel Berkaitan: Fikry Ibrahim Nekad Beli Kereta Baharu Demi Misi Bantuan Banjir

Sengaja main brek

Menerusi video yang dikongsikan, pemandu kereta berwarna biru itu dilihat sengaja ‘main’ brek di lorong kanan dan mengulangai perbuatan itu sebanyak 6 hingga 7 kali sebelum memberhentikan kenderaanya dan ‘tunjuk’ muka. Pemandu berkenaan juga dilihat sengaja mengejar dan memotong kenderaan dibelakangnya itu seolah-oleh ingin menghalang kenderaan itu meneruskan perjalanan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pemandu terbabit kerana telah mengundang risiko kepada pemandu lain yang menggunakan lorong berkenaan selain dapat mencetuskan pergaduhan yang tidak diingini.

Guna lorong SmartTAG tanpa pengimbas

Bukan itu sahaja, pemilik kenderaan terbabit juga menggunakan lorong SmartTAG namun tidak memiliki pengimbas kad kerana didakwa tidak mahu beratur panjang. Perbuatan tersebut dilakukan untuk kali kedua walaupun telah dihon.

Sama juga, masuk lorong smartTAG tapi berhenti touch. Malas nak beratur. Dah tahu malas nak beratur beli lah smartTAG oiii, kerja nak menyusahkan orang.

Sikap pentingkan diri lelaki terbabit telah menerima banyak kecaman daripada netizen.

Sumber: Facebook



source https://ohbulan.com/berang-kena-hon-dekat-tol-pemandu-lagak-samseng-buat-hal-main-brek

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman