Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 25 Oktober 2022

Bakal Mudahkan Pemasaran Bisnes PKS Dengan Pelbagai Data, REV Media Group Perkenalkan ‘REV ID’

Bagi membantu para pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan produk serta jenama mereka agar lebih dikenali ramai dengan mudah, REV Media Group (RMG) dan Dattel Asia Group telah memperkenalkan REV Ad Manager.

Artikel berkaitan: RMG, Dattel Lancar Platform Pengiklanan Layan Diri ‘OHSEM ADS 2022!’

Artikel berkaitan: Bawalz.my Berjaya Gandakan Jualan Dengan REV Ad Manager, Peroleh Jualan RM10k Dalam 2 Minggu!

Artikel berkaitan: Kiddocare Raih Pelanggan Baru Selepas Guna REV Ad Manager, Jualan Meningkat 5 Kali Ganda!

Terbaru, REV Media Group turut memperkenalkan ‘REV ID’, ciri log masuk tunggal yang menggabungkan semua data di website REV kini dikembangkan kepada data Digital Out Of Home (BIGTREE), E-dagang (Wowshop) dan On-ground (Jom Heboh) untuk mencipta penonton tunggal yang unik. Menarik!

Rancang kempen dengan lancar dan mendapat insights yang lebih baik

Kalau korang nak tahu, ‘REV ID’ dapat memberi pengiklan kelebihan untuk mendapatkan insights yang lebih baik dan kempen pemasaran mereka dimana menghubungkan pelbagai data seperti minat kandungan dan data lokasi luar rumah. Bukan itu sahaja, penyepaduan saluran omni selanjutnya membolehkan pengiklan merancang kempen dengan lancar dan mengaktifkan penonton di kedua-dua inventori digital dan inventori Digital Out-Of-Home (“DOOH”) dengan cara yang lebih berkesan.

Sebagai rekod, setiap bulan lebih 13.3 juta rakyat Malaysia unik melayari aset digital REV, jadi ia teknologi terbaik dan akan memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna RMG dan pengiklan mereka.

Jadi korang tunggu apa lagi! Jom layari REV Ad Manager untuk dapatkan info lanjut mengenai pakej pengiklanan ini dan jalankan kempen pengiklanan yang lebih berkesan di media sosial.



source https://ohbulan.com/bakal-mudahkan-pemasaran-bisnes-pks-dengan-pelbagai-data-rev-media-group-perkenalkan-rev-id

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman