Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 23 Oktober 2022

Ambil Pendekatan Tak Terlalu Menempel, Fouziah Gous Tak ‘Judge’ Isu Pendakwah – ‘Jangan Sebab Seorang Dua, Kita Nak Salahkan Agama’

Pelakon Datin Fouziah Gous menyatakan bahawa dia tidak mahu menghakimi sesetengah golongan agama yang terpalit dengan isu serta kontroversi di mahkamah.

Artikel berkaitan : ‘Suami Saya Ada Watikah, Kad & Hitam Putih’ – Fouziah Gous Jawab Dakwaan ‘Datuk Palsu’

Artikel berkaitan : [VIDEO & FOTO] Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Fouziah Gous, Dah Macam Heroin Bollywood, Cantik!

Artikel berkaitan : [FOTO] Kini Berhijab, Fouziah Gous Buat Netizen Cair! Semakin Cantik & Manis

Pilih untuk tidak menempel

Menurut pemilik nama Nor Fouziah Mohd. Gous, dia lebih memilih untuk tidak terlalu mengambil tahu atau memberi pendapat mengikut perasaan dan emosi.

Jangan sebab seorang dua, kita nak salahkan agama. Saya tak suka menghakimi orang dan sampai sekarang saya masih percaya.

Selagi kejahatan itu saya tak nampak atau rasa, pasti ada kebaikan dalam diri mereka yang boleh kita kenang.

Selagi tak menyusahkan atau berhutang dengan saya. Saya tak nak campuri urusan mereka. Baik kita jaga diri kita sendiri.

Beri tumpuan pada diri sendiri

Dalam pada itu, dia ingin memberi tumpuan kepada dirinya untuk lebih istiqomah serta menjaga orang disekelilingnya.

Saya pun sekarang tengah nak istiqomah bukan dari segi percakapan dan pakaian sahaja malah dari segi amalan juga.

Tanya diri kita sama ada kita jaga tak mak ayah kita, keluarga dan orang susah di sekeliling kita? Saudara-mara perlu bantuan, kita tolong atau sebagainya. Itu kita kena fokus.

Ujarnya, daripada ‘pening’ memikirkan pasal hal orang lain, lebih baik menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutamanya ahli keluarga sendiri.

Sumber : Gempak



source https://ohbulan.com/ambil-pendekatan-tak-terlalu-menempel-fouziah-gous-tak-judge-isu-pendakwah-jangan-sebab-seorang-dua-kita-nak-salahkan-agama

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman