
Selepas 7 minggu berentap, akhirnya program Terpaling Juara akan menampilkan 4 orang finalis untuk beraksi di pentas akhir pada Ahad ini. Finalis tersebut merupakan Aqmal, Rahmad Mega, Hazami dan juga Shaz.
Artikel Berkaitan: Terpaling Juara: Rahmad Mega, Aqmal, Hazami & Shaz Mara Ke Minggu Akhir
Artikel Berkaitan: Debaran Separuh Akhir Terpaling Juara Kian Terasa! Hael, Akim & Naim Daniel Dah Sedia ‘Ramuan’ Rahsia
Aqmal suka ‘simpan’

Ibarat mimpi jadi kenyataan, harapan Kapten Naim Daniel untuk mara ke pentas akhir akhirnya tercapai selepas Aqmal berjaya membuktikan kebolehan vokalnya sekaligus memberikan persembahan yang memukau pada minggu lalu.
Apabila berjaya ke pentas akhir, saya betul-betul bersyukur. Aqmal bermula sebagai seorang yang pemalu di atas pentas pada awal persembahan, sekarang dia dah semakin yakin.
Tambah Naim lagi, pemilihan lagu ‘Sampai Syurga’ untuk persembahan solo dan juga ‘Di Amaran Mama’ sebagai lagu duet bersama kapten akan mengetengahkan dua sisi vokal berbeza dari Aqmal.
Aqmal seorang yang suka ‘simpan’ dan akan buktikan dia mampu buat persembahan dengan baik dan perkembangan itu Naim nampak sendiri.
Akim & Hazami tidak letak strategi

Manakala bagi Kapten Akim, dia tidak meletakkan strategi tertentu untuk merebut gelaran juara selepas menitikberatkan rentak dalam nyanyian sejak dari awal pertandingan.
Rentak dalam nyanyian itu sangatlah penting untuk penyanyi menyanyikan sebuah lagu sebab kalau dia berada dalam rentak atau pun dalam ‘groove’, nyanyian itu akan kedengaran ‘lazat’.
Malah Akim selaku kapten, memberikan Hazami peluang sepenuhnya untuk memilih sendiri lagu-lagu yang bakal dipersembahkan pada Ahad ini. Lagu ‘Luluh’ dipilih sebagai lagu solo dan ‘Joget Angan Tak Sudah’ pula akan dinyanyikan secara duet, Hazami dan Akim.
Jadi, siapakah yang akan bergelar juara sekaligus membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000? Sama-sama kita saksikan!
Pentas akhir Terpaling Juara akan bersiaran secara langsung di TV3 pada Ahad ini jam 9:00 malam dan strim secara HD di tonton.my.
source https://ohbulan.com/akim-naim-daniel-letak-harapan-tinggi-untuk-pentas-akhir-terpaling-juara
