Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 27 September 2022

Viral Video Pelajar Sekolah ‘Biarkan’ Bapa Jatuh Motor, Pihak Sekolah Beri Penjelasan – ‘Tolong Padam Video’

Awal minggu ini, tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki yang juga bapa kepada seorang pelajar perempuan jatuh dari motosikal semasa menghantar anaknya di hadapan pagar sekolah.

Artikel Berkaitan: Polis Nafi Kes Culik Enam Kanak-Kanak Untuk Penjualan Organ

Artikel Berkaitan: Dakwa Anak Dipukul Ketika Jalani Pemulihan Di Madrasah, Wanita Hadapi Tuduhan Buat Laporan Palsu

Cuma tengok sekeliling

Namun, apa yang mencuri tumpuan netizen adalah pelajar perempuan tersebut yang hanya sekadar melihat bapanya jatuh tanpa menghulurkan bantuan. Video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok yang kebetulan merakam aksi dua beranak itu pada mulanya mengundang kecaman ramai.

Adik tak sepatutnya biar ayah macam tu je. Angkat terus patutnya. Dah penat-penat dia hantar, boleh je buat tak tahu bila ayah jatuh?

Pihak sekolah tampil bagi kenyataan

Ekoran video viral itu, pihak sekolah tampil memuat naik satu status di Facebook berhubung dengan kejadian tersebut dan menjelaskan tentang hal sebenar yang berlaku.

Pihak sekolah memaklumkan bahawa pelajar perempuan itu merupakan pelajar kurang upaya (lembam) dan sememangnya lambat bertindak apabila disuruh.

Berhati-hati dalam mengejar like, tak semua yang kita lihat itu seperti sangkaan kita. Tidak perlu komen negatif.

Malah, mereka juga meminta agar pengguna TikTok tersebut untuk memadam video yang telah dimuat naik bagi mengelakkan salah faham dan telah mendapat reaksi yang negatif dari netizen tanpa usul periksa.

Walau bagaimanapun, hasil tinjauan OhBulan! mendapati status itu telah dipadam di Facebook sekolah berkenaan.

Sumber: Facebook



source https://ohbulan.com/viral-video-pelajar-sekolah-biarkan-bapa-jatuh-motor-pihak-sekolah-beri-penjelasan-tolong-padam-video

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman