
Baru-baru ini, penerbit terkenal, Fadzil Teh mendedahkan pelakon cantik, Nasha Aziz menerima jambangan bunga setiap hari ketika berada di set penggambaran.
Bunga dari insan istimewa
@fadziltehhjzil42 #nashaaziz #peminatrahsia #hariharihantarmakandanbunga #trending #tiktokmalaysia?? ? bunyi asal – Hjzeelproduction
Menjawab dakwaan sedang dilamun cinta, Nasha mengesahkan dia menerima jambangan bunga itu daripada seorang jejaka yang menyayangi dirinya.
Kata aktres berumur 51 tahun ini, dia dalam fasa sedang ‘berkawan’ namun enggan berkongsi identiti lelaki itu.
Seseorang yang menyayangi sayalah. Sudah tentulah orang yang menyayangi kita akan menghargai wanita itu dalam bentuk bunga.
Saya rasa itu simbol cinta. Betul tak? Simbolik bunga itu adalah mungkin supaya saya selalu mengingatinya.
Kerana mungkin dengan sifat itu (beri bunga), dia boleh menarik perhatian saya dengan memberikan bunga.
Nasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media filem terbaharunya, Talbis Iblis arahan Kabir Bhatia di Panggung Asia, Gombak, pada Khamis.
Sembilan bulan dah kenal

Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz menyatakan mereka mula mengenali sejak sembilan bulan lalu.
Insya-Allah…kita kena kenal lebih rapat, bukan? Kami baru kenal sembilan bulan. Dia bukan orang industri, tetapi yang seronoknya dia beragama Islam.
Saya memang dilamun cinta setiap hari. Saya memang mencari cinta pada setiap waktu. Cinta itu bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita saja, tapi kita semua.
Dalam pada itu, ditanya status terkini dengan lelaki bertuah itu, pelakon filem Laila Isabella belum merancang untuk ke fasa seterusnya.
Itu kewajipan, apabila diberi rezeki, kita kena tahu arah tuju. Insya-Allah, semestinya yang baik-baik.
Nasha akan membawakan watak sebagai mak bidan bernama Junaidah dalam Tablis Iblis. Selain Nasha, Tablis Iblis dibintangi oleh Zul Ariffin, Azira Syafinaz, Jay Iswazir, Amir Nafis, Sherie Merlis dan ramai lagi.
Filem seram Talbis Iblis bakal menemui penonton di pawagam bermula 20 Oktober depan.
Sumber: TikTok @fadziltehhjzil42
source https://ohbulan.com/video-terima-jambangan-bunga-setiap-hari-nasha-aziz-mengaku-dilamun-cinta
