
Sebelum ini, viral dia media sosial mengenai beberapa individu seakan-akan wajah penumpang anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang didakwa berada di pulau Diego Farcia yang merupakan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) milik negara British.
Artikel berkaitan : Tular Gambar Wajah Terkini Mangsa MH370, Anak Tampil Beri Respon – ‘Dia Bukan Bapa Saya’
Netizen Malaysia kena tipu?

Susulan daripada dakwaan berkenaan, seorang individu dikenali sebagai Maiwati Azha mendakwa bahawa foto wanita sedang berzumba yang dimuat naik oleh pemilik akaun AFN Diego Garcia terbabit adalah dirinya.
Sah-sah lah tipu. Aku salah seorang dlaam gambar tu. Dari semalam kami penat melayan komen netizen Malaysia ni.
Bukan itu sahaja, di ruangan komen, seorang wanita dikenali Rozscun mengakui bahawa dia turut berada dalam foto terbabit dan mengatakan dirinya tidak ada kena mengena dengan kes kehilangan penumpang anak kapal MH370.
Difahamkan, foto berkenaan diambil ketika mereka sedang berzumba pada tahun 2018 di sebuah studio di Damansara, Selangor.
Saya dalam gambar tu. Kami masih dekat Malaysia tak ada kena mengena dengan kes MH370. Tu gambar lama studio di Damansara bukan kat sana (Diego Garcia).
‘Apa motif mereka’
@rajanurraudhah apemende la dorang ek? Pg copy gmba netizen Malaysia pastu ltak dekat page Diego Garcia.. apa je motif dorang last2 tuan gmbar mengaku tu dy ? #fypdongggggggg #rjrcreative #mh370 #diegogarciamh370 ? original sound – rajanurraudhah
‘Instructor tu kawan dia’

Sumber : rajanurraudhah
source https://ohbulan.com/tular-video-wanita-berzumba-kononnya-di-diego-gracia-netizen-malaysia-kena-tipu-tu-gambar-lama-dekat-damansara
