
Sekadar gambar hiasan
Tak dinafikan, penduduk di Malaysia kini semakin menitik beratkan soal kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Namun, masih ada lagi segelintir masyarakat di negara kita yang masih ‘cetek’ pengetahuan serta terpengaruh dengan tawaran beberapa produk kesihatan yang mendakwa mampu memulihkan dan merawat dengan mudah.
Artikel Berkaitan: Syak Suami Nak Kahwin Lain, Isteri Potong Kemaluan Suami Ketika Tidur
Artikel Berkaitan: Lelaki Rasa Sengal Peha Waktu Bangun Tidur, Rupanya Kemaluan Hampir Putus
Jual serum untuk ketatkan ‘Miss V’

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang wanita mendakwa produk yang dijual mampu mengetatkan semula vagina dengan cara memasukkan cecair yang dipercayai serum ke dalam kemaluan. Bukan itu saja, wanita yang mempunyai ramai pengikut di media sosial itu juga mendakwa serum yang sama dapat menghasilkan bauan yang wangi.
Walau bagaimanapun, hasil tinjauan di akaun TikTok milik peniaga ini, video asal tersebut telah pun dipadam selepas menerima kecaman hebat pengguna media sosial.
Dikecam teruk

Disebabkan video tersebut, ianya menjadi topik hangat di platform media sosial yang lain kerana ramai sudah sedia maklum bahawa bahagian kemaluan wanita tidak memerlukan sebarang penjagaan yang melampau.
Nak ada penjagaan wanita tu okay. Tapi melampau lah kalau kena masukkan benda bukan-bukan ni.
Dah kerap aku tengok, ramai eh suka guna buat cara macam ni. Manalah orang tak termakan untuk beli.
Tindakan wanita itu juga mendapat kecaman yang terus dari netizen dengan mengatakan bahawa sebagai peniaga mereka tak seharusnya buatkan pelanggan keliru dengan fakta yang tida sahih semata-mata untuk mengaut keuntungan sendiri. Selain orang awam, Dr Amalina turut membalas ciapan tersebut dengan video penjelasan mengenai produk pembersihan vagina.
Sumber: Twitter
source https://ohbulan.com/sapu-serum-boleh-ketatkan-vagina-netizen-pakar-sekolahkan-influencer-mana-dia-belajar-ni
