
Penceramah bebas Ustaz Ebit Lew atau mesra dikenali sebagai UEL sekali lagi meraih perhatian orang ramai selepas dia menghadiahkan sebuah rumah untuk seorang pak cik yang tinggal di bawah jambatan.
Artikel Berkaitan: Tinggal Berdua Dengan Ayah, Ustaz Ebit Lew Ziarah Kanak-Kanak Jual Cendawan. Siap Hadiahkan Telefon Bimbit Baru Lagi!
Artikel Berkaitan: Tersentuh Baca Kisah Bapa Gendong Anak Semasa Cari Rezeki, Ebit Lew Hadiahkan Motosikal Baru
Bagi wang belanja dan baju baru

Pada awal video yang dikongsikan oleh UEL, dia berjumpa dengan pak cik yang tidur di bawah jambatan sebelum menghulur sejumlah wang untuk digunakan sebagai belanja.
Malah, UEL juga dilihatkan meluangkan masa dengan menjemput pak cik itu untuk menaiki keretanya sebelum berikan beberapa pasang baju baru.
Video
Bertongkat, ramai sedih

Disebabkan keadaan pak cik ini yang bertongkat, ramai yang sayu serta hiba kerana tidak mampu untuk menghulurkan bantuan dan tak kurang juga yang memuji tindakan UEL kerana sudi berikan bantuan pak cik tersebut.
Orang yang baik, tak lari dari fitnah. Moga ustaz di murahkan rezeki dan kesihatan baik. Amin.
Allah aku berdoa pada mu, tolong panjangkan umur ustaz murahkan rezekinya sampai bila-bila.
Perkongsian yang dibuat oleh UEL itu telah mendapat lebih dari 2 juta tontonan setakat ini dengan lebih 200 ribu tanda suka.
Sumber: ustazebitlew
source https://ohbulan.com/ramai-sebak-uel-jumpa-pak-cik-bawah-jambatan-hadiahkan-sebiji-rumah
