
Sejak semalam kecoh di media sosial dakwaan pembantu peribadi pempengaruh media sosial, Khairul Aming yang dikatakan bersikap sombong dan biadap apabila berurusan dengan orang awam yang bertanyakan tentang khidmat pengiklanan atau kolaborasi.
Artikel berkaitan : Untung Jual Sambal, Khairul Aming Derma RM10k Ke Tabung Amal Palestin
Artikel berkaitan : ‘First Time Tak Enjoy Buat Video Sebab..’ – Khairul Aming Takut ‘Termakan’ Pujian
Artikel berkaitan : Pelanggan Dakwa Sambal Busuk & Basi, Khairul Aming Kecewa Ada Pihak Jual Sambal Nyet ‘Fake’
Pengurus peribadi kekwat?

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Twitter dikenali sebagai Naz, meluahkan rasa tidak puas hati dengan pengurus peribadi Khairul Aming yang digambarkan sebagai seorang yang tidak beradab
Ramai juga rupanya berhadapan dengan PA kekwat kepada influencer Hey Whats Up Guys ni. Dari fans dia, terus aku unfollow semua account dia sebab mulut puaka PA dia.
Kekwat nak mamp*s. Aku contact manager TokTi (Datuk Seri Siti Nurhaliza) pun tak kekwat macam kau.
Dakwanya lagi, pengurus berkenaan seperti menyekat sebarang komunikasi secara langsung dengan Khairul Aming dan menyatakan bahawa jawapan yang diterima daripada pengurus itu juga berbunyi kasar.
Malah, individu berkenaan turut menegaskan bahawa segala urusan perlu melaluinya terlebih dahulu dan terus menyatakan pihak Khairul Aming tidak berminat untuk bekerjasama kerana sibuk dengan projek yang lain.
Aku dah fed up. Aku pun cakap lah ‘boleh tak saya nak cakap dengan influencer tu terus?’.
Kemudian PA puaka tu cakap ‘apa-apa berkenaan influencer tersebut awak mesti melalui saya. Tak apa ya kami tak berminat sebab kami pun sibu nak shoot video lagi.
Khairul Aming beri respon

Tidak mendiamkan diri, Khairul Aming kemudiannya tampil memberi penjelasan serta memohon maaf atas tindakan pengurus peribadinya itu.
Terima kasih untuk feedback. Saya mohon maaf untuk pengalaman buruk yang awak lalui dengan manager saya. Saya terlepas pandang perkara ini sebab saya serahkan segala komunikasi dengan klien kepada dia.
Saya akan semak semua queries dan akan selesaikan secepat mungkin.
Bukan seorang saja yang dah terkena

Menjengah ruangan komen, difahamkan lelaki berkenaan bukan orang yang pertama berdepan dengan pengalaman buruk ketika berurusan dengan pengurus terbabit.
Sumber : @_NazriH
source https://ohbulan.com/ramai-cakap-pa-besar-kepala-susah-nak-berurusan-khairul-aming-janji-selesaikan-masalah
