Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 28 September 2022

Polis Berjaya Tahan 8 Suspek Rogol Pelajar Tingkatan 2, Direman Hingga 2 Oktober

Sekadar gambar hiasan

Ahad lalu, pihak polis berjaya memberkas lapan orang lelaki termasuk seorang wanita yang didakwa terlibat dalam kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua dalam beberapa tangkapan yang dibuat di Segamat.

Artikel Berkaitan: Datuk 64 Tahun Rogol Bakal Isteri Cucu Sampai Melahirkan Anak

Artikel Berkaitan: Remaja 15 Tahun Dirompak & Dirogol 5 Lelaki, Terpaksa Balik Rumah Dalam Keadaan Berbogel

Ibu mangsa buat laporan

Sekadar gambar hiasan

Tangkapan itu dibuat selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat sendiri oleh ibu mangsa pada 24 September lalu, ujar Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Ahmad Zamry Marinsah.

Lebih mengejutkan, menurut Ahmad Zamry, lapan orang suspek yang ditahan itu merupakan orang-orang yang dikenali oleh keluarga mangsa.

Siasatan awal mendapati, pada 17 September lalu antara pukul 12.30 tengah malam sehingga 5 pagi, mangsa dibawa oleh rakan perempuannya ke sebuah rumah di sekitar daerah ini sebelum mangsa dirogol lapan lelaki itu.

Mangsa dirawat di hospital

Sekadar gambar hiasan

Susulan itu, kesemua suspek yang berusia di antara 14 sehingga 26 tahun itu berjaya ditahan pada 25 September dan direman sehingga 2 Oktober bagi menjalani siasatan.

Mangsa pula difahamkan telah dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Dalam kenyataan yang sama, pihak polis memaklumkan bahawa kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 376B.

Sumber: Kosmo



source https://ohbulan.com/polis-berjaya-tahan-8-suspek-rogol-pelajar-tingkatan-2-direman-hingga-2-oktober

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman