Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 28 September 2022

Pasangan Kekasih Disambar Petir Ketika Berdua-Duaan Di Dalam Khemah, Seorang Dilapor Maut

Sekadar gambar hiasan

Malang tidak berbau! Itulah peribahasa paling sesuai menggambarkan detik cemas yang dilalui pasangan kekasih ini apabila disambar petir ketika berdua-duaan di dalam khemah. Lebih mendukacitakan apabila salah seorang daripada mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Maut dipanah petir

Insiden cemas itu dipercayai berlaku pada 23 September lalu ketika kedua-dua mahasiswa ini berkhemah di sebuah lokasi pelancongan popular di Bukit Waruwangi, Indonesia. Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Cilegon iaitu Iptu Sigit Dermawan, pasangan kekasih terbabit telah menyewa sebuah khemah daripada pihak pusat pelancongan tersebut. Mereka kemudian mendirikan khemah bersaiz 2×2 meter itu di bawah pokok sebelum hujan turun dengan lebat dan disertai petir.

Menurut keterangan saksi, kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan), mereka terdengar bunyi dentuman petir di sekitar khemah mangsa. Apabila menghampiri khemah tersebut, saksi mendapati khemah sudah rosak.

Saksi kemudian memasuki khemah untuk memeriksa keadaan penghuni khemah berkenaan dan alangkah terkejutnya apabila mendapati seorang lelaki dan wanita berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kedudukan terlentang. Susulan daripada itu, seorang mangsa yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke hospital manakala seorang lagi dilaporkan maut di tempat kejadian.

Sumber: Kumparan



source https://ohbulan.com/pasangan-kekasih-disambar-petir-ketika-berdua-duaan-di-dalam-khemah-seorang-dilapor-maut

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman