
Boleh dikatakan negara Korea Selatan yang sangat dikenali dengan K-Wave ini sering menjadi tumpuan serta pilihan utama pengunjung untuk melancong dan juga pelajar untuk melanjutkan pengajian di sana.
Artikel Berkaitan: Akui Sukar Istiqomah & Hati Berbolak Balik, Ika Mustafa Ambil Keputusan Buka Tudung
Perlu tanggal tudung untuk masuk kerja

Seperti kisah yang dikongsikan di TikTok oleh seorang wanita yang menuntut pengajian di Korea Selatan, dia menceritakan realiti dan juga cabaran bagi seorang wanita Muslim bertudung untuk meminta kerja separuh masa di sana pada tahun lalu.
Terpaksa tolak sebab syarat yang dikenakan

Dalam video yang sama, wanita ini pada asalnya meminta rakan yang berasal dari Indonesia untuk turut sama bekerja separuh masa namun terpaksa menolak tawaran kerja kerana syarat yang dikenakan.
Ini kerana, pihak pengurusan kilang dan restoran meminta dia untuk menanggalkan tudung sekiranya ingin memasuki premis.
Kawan akak non-Muslim. So, dia tak pakai hijab. Walaupun kerja potong bawang je, akak terpaksa tolak.
Terima pujian netizen

Tindakan wanita itu menolak tawaran kerja dari pihak kilang dan juga restoran kerana syarat yang melanggar hukum dirinya sebagai seorang Muslimah ternyata menerima pujian dari netizen.
Ramai turut mendoakan agar wanita itu dimudahkan urusan dalam usaha mencari pekerjaan yang halal dan juga yang mematuhi syariat Islam walaupun berada di luar negara.
Sumber: TikTok
source https://ohbulan.com/nak-kerja-kena-freehair-wanita-kongsi-kisah-sebenar-hijabis-cari-kerja-di-korea-selatan
