
Kejadian mendebarkan melibatkan seorang kanak-kanak di sebuah pasar raya di Shanghai, China baru-baru ini selepas dia hampir terjatuh dari eskalator sebelum diselamatkan oleh beberapa orang awam.
Artikel Berkaitan: Kecewa Putus Cinta, Pelajar Wanita Maut Terjun Bangunan Tingkat 6
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Jadi ‘Hero’ Selamatkan Rakan Daripada Diculik Berhampiran Sekolah
‘Tergantung’ pada pemegang eskalator

Menurut laporan South Morning China, keadaan kanak-kanak perempuan yang ‘tergantung’ pada pemegang eskalator itu hanya disedari oleh seorang kanak-kanak lelaki sebelum meminta pertolongan dari orang awam di kawasan berdekatan sebaik saja dia tiba di bahagian atas tangga elektronik tersebut.
Dari video yang dikongsikan, kanak-kanak perempuan itu kemudiannya berjaya diselamatkan oleh dua orang adik-beradik lelaki yang bertindak dengan menariknya keluar dari ruang di antara cermin penghadang pada eskalator tersebut.
Saya tak mampu untuk angkat kanak-kanak itu pada awalnya kerana saya seorang saja. Kemudian adik saya datang tolong tarik sekali kerana kalau dia terlambat sedikit, kanak-kanak perempuan itu berkemungkinan akan terjatuh.
Difahamkan, kanak-kanak perempuan yang berusia dalam lingkungan 4 tahun itu tidak berada dengan ibu bapanya semasa kejadian tersebut berlaku dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius selepas berjaya diselamatkan.
Sumber: South China News Post, Newsflare
source https://ohbulan.com/naik-eskalator-cuma-berpaut-pada-pemegang-budak-perempuan-nyaris-jatuh-bangunan-tinggi
