Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 3 September 2022

Mop Sendiri Muntah Anak Di Kedai, Tindakan Fazley Yaakob Raih Pujian Netizen

Penyanyi dan usahawan terkenal, Dato’ Fazley Yaakob menjadi bualan netizen apabila video tindakannya mengemop muntah anaknya di sebuah kedai tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Makin Laris, Netizen Tuduh Guna Kabel Dapat ‘Job’

Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel & Wawa Zainal Ditegur Netizen, Pilih Tema Huggy Wuggy Untuk Majlis Hari Lahir Anak

Bersihkan sendiri dari awal

Menerusi perkongsian Instagram yang dimuat naik oleh Fazley sendiri, kelihatan dirinya membersihkan lantai tanpa bantuan dari pekerja kedai.

“Masih saya ingat masa ni Fierud masih kecil lagi, tak ingat apa yang dia makan, terus termuntah masa sampai kedai. Kelam kabut saya pinjam baldi and mop dari kedai tu.”

“Nak marah kesian, dan dalam masa yang sama, yang muntah tu anak saya, takkan lah saya nak tinggal dan biar pekerja kedai yang bersih kan?”

Netizen kagum, harap jadikan contoh

Tindakannya itu mendapat pujian kerana kebiasaannya pekerja kedai yang akan membersihkan kotoran dan jarang dilakukan oleh pelanggan sendiri.

Malah, ramai yang berharap agar tindakan baik dan bersahaja Fazley itu dapat dijadikan sebagai contoh selain mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi dengan menguruskan hal anak sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Sumber: fazleyyaakob



source https://ohbulan.com/mop-sendiri-muntah-anak-di-kedai-tindakan-fazley-yaakob-raih-pujian-netizen

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman