Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 23 September 2022

Mimpi Isteri Curang Dengan Lelaki Lain, Suami Bangun Terus Tikam Isteri

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki di Planaltina di daerah Persekutuan Brazil didakwa menikam isterinya berulang kali pada waktu malam selepas dia bermimpi mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Mimpi isteri jalin hubungan

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Mirror, kejadian berkenaan berlaku pada 9 Ogos lalu di mana lelaki berusia 37 tahun itu dituduh menikam isterinya di bahagian leher, tulang selangka dan tangan.

Tragedi bermula apabila pasangan suami isteri yang mempunyai empat orang anak itu bertengkar pada tengah malam dan ketika tidur suspek bermimpi isterinya curang terhadap dirinya.

Berang dengan mimpi terbabit, si suami kemudiannya mengambil pisau dan mengugut isterinya untuk bertanya mengenai mimpi yang dialami olehnya itu, namun mangsa menafikan tuduhan suaminya dan meyakinkan bahawa itu hanyalah mimpi dan khayalan semata-mata.

Selepas itu, mangsa sambung tidur semula manakala suspek dipercayai terus memikirkan tentang mimpi berkenaan sehingga dia mengamuk. Lelaki terbabit kemudiannya mengambil pisau dan terus menikam badan mangsa.

Mangsa berjaya larikan diri

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri dari serangan terbabit dan bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Suspek didakwa melarikan diri dan bersembunyi selama lima minggu sebelum berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Menurut Ketua Polis Thiago Cesar, suspek telah mengakui perbuatannya itu dan dia juga mempunyai rekod jenayah di mana lelaki terbabit pernah membunuh seseorang di Farmosa, Negeri Goias.

Suspek tak puas hati dengan jawapan isterinya. Dia mengambil sebilah pisau dan melakukan beberapa tikaman di kawasan penting manga. Si isteri telah melarikan diri dan mendapatkan rawatan di hospital.

Kini, kes berkenaan masih berada dalam siasatan dan suspek bakal menghadapi pertuduhan kerana cubaan membunuh.

Sumber : Mirror



source https://ohbulan.com/mimpi-isteri-curang-dengan-lelaki-lain-suami-bangun-terus-tikam-isteri

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman