Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 26 September 2022

‘Maaf Kalau Saya Rosakkan Program’ – Dikecam Tak Best Mengacara GV, Danial Beri Penjelasan

Ketiadaan Nabil Ahmad pada minggu kedua program Gegar Vaganza Ke-9 (GV) semalam menyaksikan pelawak, Danial Zaini terpaksa menggantikan hos utama program tersebut pada saat akhir.

Artikel Berkaitan: Tom Enggan Kembali Menyanyi Di Kelab Malam – ‘Saya Cuba Insafi Diri’

Artikel Berkaitan: Shila Amzah, Tomok & Jaclyn Victor Dalam GV9 Jadi Pertikaian, Ini Penjelasan Dari Raqim Ahmad

Teruk dikecam netizen

Ekoran itu, ramai peminat GV merasakan kehadiran Danial kurang ‘menyengat’ dan tidak mampu menggalas tugas pengacara dengan baik bersama Elly Mazlein.

Tolong lah minggu depan Haji Nabil datang balik. Tak ada mood terus nak tengok GV malam ni.

Aku je ke yang rasa Danial macam tak boleh bawa vibe GV macam Nabil? Tak salah show kan ni?

Pihak produksi hubungi saat akhir

Sedar dirinya dikritik penonton, Danial tampil membuat penjelasan mengenai isu tersebut menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya.

Menerusi video itu, dia menjelaskan bahawa pihak produksi menghubunginya di saat akhir untuk menjadi hos ganti dan dia hanya mempunyai masa yang singkat untuk membuat segala persiapan sebelum bersiaran secara langsung.

Saya hanya ada masa 4 jam untuk sediakan baju apa semua. Apa yang anda lihat di pentas tu, itulah dia. Itu apa yang mampu saya beri.

Banyak kekurangan saya. Kalau ada yang kurang berpuas hati dengan cara saya, saya mohon maaf.

Ujarnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang latihan raptai penuh malah beberapa jam sebelum program bermula, dia masih belum mendapat skrip dan hanya mengadakan perbincangan kecil bersama Kak Lina untuk mengendalikan GV.

Dia turut memohon maaf sekiranya telah merosakkan suasana program dan berjanji akan memperbaiki diri untuk menjadi pengacara yang lebih baik pada masa akan datang.

Video

@danial.zaini

?? Ini kenyataan saya berkenaan dgn pengacaraan saya di minggu yg kedua gegar vaganza 2022 #gv9 #gegarvaganza2022

? original sound – Danial Zaini – Danial Zaini

Sumber: TikTok



source https://ohbulan.com/maaf-kalau-saya-rosakkan-program-dikecam-tak-best-mengacara-gv-danial-beri-penjelasan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman