
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz selaku Ahli Parlimen Bachok, Kelantan, berterima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) yang sudi untuk menerima permohonannya untuk menggunakan beberapa kemudahan bagi melancarkan majlis perkahwinan kedua-dua anaknya serta jamuan rakyat yang diadakan pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: Tak Sesuai Nak Buat PRU15 Waktu Musim Banjir – Khairy Jamaluddin
Artikel Berkaitan: Jabatan Penjara Malaysia Nafi Dakwaan Najib Terima Layanan Istimewa
Ramai VIP yang datang

Nik Abduh turut berterima kasih kepada barisan VIP yang hadir ke majlis tersebut dan ucapan itu dikongsikan menerusi akaun Facebooknya pada Isnin.
Antara VIP yang hadir memeriahkan majlis perkahwinan kedua-dua anaknya termasuklah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim bin Hashim dan juga Timbalan Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Haji Ahmad Bin Yakob.
Lebih 500 sukarelawan

Difahamkan menerusi hantaran Facebook sama, Nik Abduh turut memaklumkan bahawa lebih 500 jumlah sukarelawan yang hadir untuk menghulurkan bantuan seikhlas hati demi memastikan majlis berjalan lancar.
Pihak MPKB sebagaimana biasa turut menyediakan tambahan tong sampah bagi memudahkan urusan pungutan dan pemindahan sisa pepejal bagi menjamin kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah dan masjid Tok Guru yang perlu dipulihkan dengan cepat.
Sebelum ini, tular di media sosial selepas sepucuk surat dari Nik Abduh yang memohon kemudahan tertentu dari MPKB untuk menyediakan meja, kerusi, hiasan bunga serta perkhidmatan pengurusan sisa pepejal sehingga mengundang kecaman netizen.
Menurut Nik Abduh, majlis tersebut mencatat jumlah kehadiran tetamu dengan anggaran seramai 8,000 hingga 10,000 orang beserta lebih 30 kawah gulai dan lauk lain.
Sumber: Facebook, Harian Metro
source https://ohbulan.com/lepas-terima-kecaman-netizen-ahli-parlimen-bachok-akui-mohon-beberapa-kemudahan-untuk-majlis-kahwin-anak
