
Keseronokan seorang lelaki mengisi masa lapangnya dengan memancing akhirnya bertukar ngeri apabila dia terjumpa satu sampul surat misteri.
Artikel Berkaitan: Tak Puas Hati Kena Patuk, Lelaki Gigit Balik Ular Tedung Sampai Mati. Siap ‘Kalung’ Bawa Berarak!
Artikel Berkaitan: Iri Hati Tengok Hidup Senang, Adik Beradik Tergamak Berpakat Bayar Bomoh Siam RM800 Hantar Sihir
Kejadian itu dikongsikan di Facebook yang dipercayai berlaku di sekitar bawah Jambatan Telok Sengat selepas dia ternampak sampul yang ditampal pada sebiji batu sebelum menarik ianya keluar ke darat untuk mengenal pasti isi kandungan sampul tersebut
Gambar pasangan suami isteri

Lebih mengejutkan, lelaki itu mendapati surat tersebut mengandungi gambar pasangan suami isteri yang tak dikenali dipercayai digunakan untuk menghantar sihir pemisah.
Ini kerana, lelaki itu mendapati gambar perempuan tersebut ditutup dengan tanah hitam ataupun tanah kubur namun tidak berani untuk membelek secara mendalam kerana mula rasa seram.
Komen netizen

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai sehingga ada yang mendoakan supaya pasangan itu berada di dalam keadaan yang baik tanpa sebarang gangguan yang tak diingini namun satu komen di hantaran yang sama memaklumkan bahawa individu di dalam gambar itu merupakan rakannya.
Ohh tuhan kawan kita ni… dah bercerai-berai dah orangnya… Kenapa la ada yang busuk hati.
Bukan itu saja, mereka juga menyarankan agar orang lain untuk tidak sesuka hati membuka barang pelik yang mereka jumpa kerana dikhuatiri tempias kesannya akan terkena kepada diri sendiri.
Sumber: Facebook
source https://ohbulan.com/lelaki-tengah-seronok-memancing-terkejut-jumpa-sampul-misteri-gambar-suami-isteri-syak-ada-unsur-sihir
