Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 22 September 2022

Lelaki Maut Akibat Tertelan Tulang Ikan

Sekadar gambar hiasan

Seorang petani di Sri Lanka dilaporkan maut selepas tertelan tulang ikan bersaiz 2 sentimeter sehingga mengakibatkan ususnya bocor dan terkena jangkitan.

Maut tertelan tulang ikan

Memetik laporan Insider, mangsa yang berusia 61 tahun itu dipercayai mengalami sakit perut, muntah dan sembelit selama tiga hari. Susulan daripada itu, dia telah ke hospital untuk pemeriksaan dan doktor mengesyaki pesakit berkenaan mengalami jangkitan pada perutnya. Mangsa kemudian dibawa ke unit rawatan rapi dan keputusan imbasan mendapati perut mangsa dipenuhi dengan cecair.

Bukan itu sahaja, buah pinggang masa juga dikatakan telah berhenti berfungsi yang menunjukkan tanda-tanda kemungkinan sepsis, di mana sistem imun badan bertindak menyerang organnya sendiri.

Usus bocor

Selepas pembedahan dilakukan, pegawai perubatan menemui lubang kecil pada usus mangsa yang dipercayai berpunca daripada tulang ikan sepanjang 2 sentimeter. Serpihan tulang itu telah membocorkan usus mangsa sehingga menyebabkan najis meresap keluar dan kuman menjangkiti dinding perutnya. Usus mula membesar dan nanah kuning terkumpul di sekeliling lubang itu.

Doktor kemudian cuba menghiris sebahagian usus mangsa dan mengalirkan lubang tersebut dengan tujuan untuk menyambung semula usus yang sihat selepas jangkitan dihapuskan. Meskipun telah berusaha, pesakit itu bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia akibat serangan jantung hanya lapan jam selepas dimasukkan ke bilik kecemasan.

Sumber: Insider, New York Post



source https://ohbulan.com/lelaki-maut-akibat-tertelan-tulang-ikan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman