Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 19 September 2022

‘Check In’ Lambat Tak Sempat Periksa Bilik, Pelanggan Jijik Rupanya Tidur Atas Katil Hotel Penuh Kesan Darah, Air Mani

Sekadar gambar hiasan

Cuti panjang kebiasaannya akan dimanfaatkan sebaiknya oleh orang ramai untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang seperti pergi melancong atau pulang ke kampung halaman.

Bagi memastikan percutian yang dirancang berjalan dengan lancar, pemilihan hotel yang menarik perlu dititik beratkan. Namun, lain pula yang terjadi buat wanita ini apabila berdepan pengalaman kurang menyenangkan ketika menginap di sebuah hotel.

Artikel Berkaitan: Hotel Pusat Kuarantin Di Sarawak Ditinggalkan Bersepah, TV Dicabut?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Salahkan Suami Kaki Pukul, Isteri Kantoi ‘Check-In’ Dengan Bekas Kekasih Sanggup Tinggal Anak 11 Bulan

Ada kotoran, tompokan darah dan…

Seorang wanita menerusi satu perkongsian di satu kumpulan Facebook meluahkan rasa kecewa dengan tahap kebersihan di sebuah hotel ketika dia bercuti bersama keluarga.

Percutian gembira mereka sekeluarga bertukar menjadi mimpi ngeri apabila bilik yang ditempah tidak dikemas dengan teliti, malah mempunyai beberapa kesan kotoran dipercayai tompokan darah dan juga kesan air mani yang terdapat di cadar katil dan sarung bantal.

Saya sampai hotel pukul 3 pagi, sampai-sampai memang tak cek bilik. Terus tidur sebab letih. Tak ada dah nak buka lampu nak cek. Esoknya saya perasan tilam penuh darah.

Bukan hotel bajet

Ekoran itu, dia telah membuat aduan kepada pihak pengurusan hotel tersebut dan menerima permohonan maaf dari mereka kerana terlepas pandang hal kebersihan bilik yang telah digunakan oleh pelanggan sebelumnya. Namun, wanita ini tidak berkongsikan lokasi sebenar hotel itu.

Saya nak complain pasal guest… Tolong lah, tak geli ke tinggal bekas darah kat tilam tu? Dah tahu cadar hotel warna putih, yang kau selok sangat nak malam pertama atas tu dah kenapa?

Dek kerana kejadian itu, wanita ini menasihati orang ramai agar memeriksa terlebih dahulu keadaan bilik yang ditempah sebelum tidur kerana dikhuatiri mereka terkena nasib yang sama.

Sumber: Facebook



source https://ohbulan.com/check-in-lambat-tak-sempat-periksa-bilik-pelanggan-jijik-rupanya-tidur-atas-katil-hotel-penuh-kesan-darah-air-mani

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman