
Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditinggalkan di atas jalan raya di Kampung Korikot, Tambunan, Keningau.
Jumpa bayi baru lahir atas jalan

Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim, bayi yang baru lahir itu ditemui oleh orang awam pada jam 1.05 pagi sebelum dilaporkan kepada pihak polis.
Bayi itu ditemukan cukup sifat di atas jalan raya dalam keadaan dibalut dengan kain putih bercorak bunga.
Orang awam yang terkejut dan terus mengangkat bayi itu masuk ke dalam kereta.
Bayi yang cukup itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tambunan untuk pemeriksaan selanjutnya.
Bayi itu dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Tambunan.
Susulan daripada itu, kes berkenaan disiasat mengkikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan siasatan terbabit masih diteruskan oleh pihak polis.
Sumber : Harian Metro
source https://ohbulan.com/bayi-perempuan-masih-bertali-pusat-ditinggalkan-di-atas-jalan-raya
