Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 26 September 2022

Bayi 8 Bulan Tertelan Pengetip Kuku Ketika Bermain

Seorang bayi lelaki di Nashik, India dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan apabila tercekik pengetip kuku dalam kerongkongnya.

Tertelan pengetip kuku

Difahamkan, kejadian berkenaan hanya disedari oleh ibu bapanya selepas mendapati anak berusia lapan bulan itu tertelan objek terbabit sepanjang dua inci ketika sedang bermain.

Bimbang keadaan anaknya menjadi semakin teruk, kedua-dua ibu bapa bergegas membawa kanak-kanak itu ke hospital.

Hasil imbasan sinar-X menunjukkan pengetip kuku tersebut tersekat pada bawah kerongkongnya dan hampir menghalang laluan pernafasan.

Dalam pada itu, Pakar Perubatan, Dr Vasantrao Pawar mengatakan pihaknya berjaya mengeluarkan objek tersebut melalui pembedahan yang mengambil masa selama sejam.

Ujarnya lagi, bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih selepas porsedur pembedahan.

Sumber : Metro.uk



source https://ohbulan.com/bayi-8-bulan-tertelan-pengetip-kuku-ketika-bermain

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman