Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 23 September 2022

Bapa Tunjuk Gambar Lama, Rupanya Tulisan Pada Ilustrasi Sejarah Melayu Terpanjang Ini Milik Emma Maembong

Macam ramai yang sedia maklum, bapa kepada pelakon terkenal, Emma Maembong iaitu Ismail Embong merupakan pelukis tempatan yang berbakat dan pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Pelukis Negara.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahz Jaszle & Emma Maembong Dikecam Menari Berpelukan, Netizen Tanya Pasangan Tak Cemburu Ke?

Artikel Berkaitan: Imej Ditegur Seksi, Emma Maembong Selesa Jadi Diri Sendiri – ‘Susah Nak Puaskan Hati Netizen’

Tulisan milik Emma Maembong

Di Facebook, Ismail Embong berkongsi beberapa foto Embang yang tekun ‘menulis’ pada dinding sebelum dia menceburi bidang seni. Menurut Ismail, gambar tersebut diambil ketika dia sedang membuatkan pameran Ilustrasi Sejarah Melayu Terpanjang Di Dunia yang bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2012.

Lebih menarik mengenai pameran tersebut, ternyata tulisan yang berada di bawah lukisan Sejarah Melayu yang dilukis oleh Ismail itu merupakan hasil tulisan tangan milik anaknya sendiri.

Menerusi perkongsian itu, Ismail memberitahu Emma seorang yang sangat komited ketika membuat kerja. Walaupun datang beberapa pengunjung yang mahu melihat hasil seni tersebut, Emma tetap meneruskan kerjanya tanpa menghiraukan orang ramai.

Pengunjung tidak pedulikan dia yang tekun menulis kerana dia belum dikenali, belum ceburi bidang lakonan. Dia mula masuk bidang lakonan hujung 2012 lepas selesai kerja di sini.

Komen netizen

Hantaran itu kini telah mendapat lebih dari 1K likes malah ianya menerima maklum balas yang baik dari netizen di bahagian komen. Rata-rata pengikut Ismail memuji bakat yang dimiliki Emma.

Tak kurang juga yang teruja untuk ke pameran tersebut untuk melihat sendiri lukisan dan tulisan yang dihasilkan dari gandingan bapa dan anak.

Sumber: Facebook



source https://ohbulan.com/bapa-tunjuk-gambar-lama-rupanya-tulisan-pada-ilustrasi-sejarah-melayu-terpanjang-ini-milik-emma-maembong

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman