
Sejak beberapa hari yang lalu, isu kemelut rumah tangga hangat diperkatakan dalam kalangan netizen. Susulan itu, pelakon Zarina Zainuddin mengakui bahawa ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk mendapatkan cinta daripada lelaki yang bergelar suami orang.
Artikel berkaitan : [VIDEO] Madu Hadiahkan Set Gelang Berlian, Zarina Zainuddin ‘Takut’ Nak Pakai
Artikel berkaitan : Zarina Zainuddin Terkilan Ada Individu ‘Edit’ Anak Gila Dalam Wikipedia, Rakan Artis Saran Saman
Elakkan bercinta dengan suami orang

Menerusi wawancara ‘Korban Kasih Zarina Zainuddin’, pemilik nama Nur Zarina Mohd Zainuddin menasihati kepada wanita di luar sana agar elakkan diri daripada bercinta dengan suami orang kerana yang akan merana suatu hari nanti adalah wanita itu sendiri.
Bukan senang nak kahwin dengan suami orang. Kalau boleh jangan jatuh cinta pada suami orang sebab kesian pada diri kita sebenarnya.
Sebab kita kena hidup merana dulu. Bukan senang nak dapatkan cinta lelaki yang sudah berkahwin sebab dia sudah ada istimewa sebenarnya tetapi kerana dia dapat bunga yang baru konon-kononnya dia akan cakap kita yang indah.
Ujarnya lagi, dia yang merupakan isteri kedua pernah merasa ‘makan hati berulam jantung’ kerana suaminya, Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar kurang menghabiskan masa bersamanya di rumah.
Dek kerana ingin menjaga hati isteri pertama, Zarina hanya mendedahkan dirinya menjadi isteri kedua selepas 21 tahun berkahwin.
Makan hati berulam jantung. Bukan senang sebab suami kalau dah kahwin dengan kita, dia akan cuba untuk pujuk hati isteri pertama balik sebab dia rasa bersalah. Jadi kita yang akan makan hati. Saya stress tetapi perlu sabar dan kuat. Alhamdulillah segalanya menjadi baik selepas saya mengandung.
Bahagia itu sebenarnya kita yang cipta, kita cipta kebahagiaan kita sendiri. Jangan tamak sebab tahu saya hidup bermadu maka saya perlu berkongsi.
‘Kita kena sedar diri dah ambil hak orang’

Bukan itu sahaja, ketika cuba untuk mengambil hati suami serta madunya, dia diperli namun masih menerima dengan hati yang terbuka.
Ada orang marah sebab ambil suami orang memanglah marah, jadi kita kena sedar diri kita sudah ambil hak orang, jangan kita pula lebih-lebih.
Dalam pada itu, pelakon berusia 53 tahun ini turut meletakkan syarat jika ingin berkahwin dengannya, suaminya perlu mendapatkan keizinan daripada isteri pertama.
Saya tak nak kahwin dengan suami orang dan tak nak jadi perampas. Jadi saya katakan kepada suami sekiranya ikhlas bawalah Ina (Zarina) pergi jumpa kepada isteri pertama abang.
Saya katakan saya sendiri minta izin daripada isteri abang. Jika tidak diizinkan saya tidak akan kahwin dengan suami orang.
Bukan itu sahaja, Zarina juga menyifatkan suaminya seorang lelaki yang budiman kerana berani membawanya untuk berjumpa sekaligus meminta izin dengan isteri pertama.
Selepas berjumpa, isteri pertama menelefon ibunya dan memberi keizinan untuk si suami bernikah dengannya.
Video penuh
Sumber : Sinar Harian
source https://ohbulan.com/video-bukan-senang-nak-dapatkan-cinta-suami-orang-kena-sedar-diri-kita-dah-ambil-hak-orang-zarina-zainuddin
